Berani Kahwin 1000 Design

Berani Kahwin adalah DESIGN HOUSE KAD KAHWIN TERBESAR DI MALAYSIA.

Kami ada lebih 1000 design Kad Kahwin Terkini & Moden.

Anda ingin Kahwin dengan budget yang murah!!

Hubungi kami segera kerana menawarkan pakej TERMURAH di pasaran bagi keperluan percetakan perkahwinan anda merangkumi Kad Kahwin, Beg Kertas, Tag Terima Kasih, Air Mineral, Cenderamata, Sticker Kahwin, Photobook, Guestbook dan banyak lagi.

Layari blog atau website kami dan lihat pakej yang ditawarkan serta contoh-contoh produk dari kami.

Hubungi kami di 011-1863 7506 ( Pn Fieza)
Kami terima tempahan dari seluruh Malaysia

FB : Berani Kahwin

Alamat Kami:
No.24, Jalan Suria 7, Bandar Seri Alam, Masai, Johor

Saturday, February 20, 2016

ISLAM NIE SENANG !

Hari nie kita letak hantaran Mahal2 sbb nak buat kenduri besar2an.
Cer dengar ni...
Sama2 laaa kita share yeee...

[ STICKER MURAH GILER ]

Nak bg HARGA GILER sikit hari nie ... !!!
Ini BETOL BETOL bukan main-main tau !!!
Boss Cik Berani Kahwin nak bagi 15* sen sahaja sekeping !!!
15* sen ???
Yer betol ! 15* sen sekeping !!!


Sesuai untuk apa ?

* Label Doorgift
* Label utk packging produk
* Label utk bekas air
* Label untuk majlis harijadi
* Label utk aqiqah 
* Label utk ape2 ajer laaaa


MESTI BUAT DENGAN KAMI KERANA :

* paling MURAH
* paling CEPAT
* tak de limit ( tp lagi banyak lagi la murah )
* siap designkan sekali
* paling senang sbb tinggal tampal jer jimat masa & tenaga
* siap no siri tuh


* Promosi utk sticker 5cm ( bulat @ empat segi tak kesah ) dgn kuantiti order 1000 pcs

Wassup saya sekarang key !!!
= 011-1863 7506 = 
= 011-1863 7506 = 


= 011-1863 7506 =


Wassup saya sekarang key !!!
= 011-1863 7506 = 
= 011-1863 7506 = 
= 011-1863 7506 =

Friday, February 19, 2016

Raya [ CNY ] blom abisssss kan.


Raya kan sebulan...mercun pon blom abis main2...tiap2 mlm ada org main mercun.

So, offer dr Cik Berani Kahwin masih berjalan keyyyy.
Button Badge ni Cik Berani Kahwin nak bg OFFER habis2an.

011-1863 7506

√ Order 20 pcs dpt FREE 10 pcs
√ Byk tuuu dpt FREE
√ Tak peeee.. 
√ Jangan risau Murah jerrrr
√ RM30 dpt 30 pcs
√ Mana nak dpt harga canggini kan !!!
√ Bos CBK mmg Baik Hatikan !
√ Jadilah seperti BOS Cik Berani Kahwin

Button Badge : Order 20 FREE 10

https://youtu.be/2aTzrc1P9Kc

Thursday, February 18, 2016

Pleasa Make Your Choice ...

♡ Cik Berani Kahwin nak bg tau ... yg kita ade lebih 1000 design Kad Kahwin 
boleh dipilih oleh bakal2 pengantin. 
Cer tgok yg video nie...cantik2 & design Terbaru lagiiii. 

♡ Cik Berani Kahwin nak bg kerja senang jrrr kat u olls. Just PILIH MANA YG SUKA. 
Thats alls...senang kann... x yah laaa nak pikir2 design aper laaa nak ambil.


♡ Dah pilih2 tu...boleh terus PM keyyyy.
♡ wassup 011-1863 7506


[ TAK SALAH MEMINTA ]

"Tak salah nak minta jodoh yang baik , cantik / hensem, 
beragama dan kaya, minta lah dari sekarang dengan berdoa."
"Takdir boleh diubah dengan doa jika kita bersungguh-sungguh."


Tuesday, February 16, 2016

Kompang dipalu
Pengantin Baru 
Semoga berbahagia ke anak-cucu !!!

Sebelom tu jom kita pilih-pilih kad kahwin dulu key !
Tak tahu nak order macam mana ???
Wassup jer saya : 011-1863 7506


AWESOME !!!
Kami dah sudah !!!
Anda Bila Lagi ???

♡ Kad kahwin dr berani kahwin mmg TERMURAH !
♡ Kad kahwin dr berani kahwin mmg CUN ABIS !
♡ Kad kahwin dr berani kahwin mmg CEPAT GILEE !
♡ Kad kahwin dr berani kahwin mmg BANYAK GILEE !

★ jadi ape lg : 011-1863 7506


Monday, February 15, 2016

011-1863 7506

KAD KAHWIN BAJET

PALING MURAH
PALING CUN
PALING TERHANGAT

Kami dah sudah !!!
Anda bila lagi ???


Sunday, February 14, 2016

Tak tahu mcm mana nak buat BACKDROP @ PHOTOBOOTH yg CUN MELECUN ???

♡ Jamu mata tengok Backdrop Kahwin dr Cik Berani Kahwin yer.
♡ Mmg semua nyer Cantik2 & Berbaloi2.
♡ Klu nak buat Photobooth tu, boleh buat sendiri jer tau. Tak payah nak tempah dgn org...lagi Jimat.
♡ Hias sendiri ... senang jer !! Google kan ada...byk gambar2 contoh photobooth yg cun melecun.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡
√ nak Photobooth yg Cun
√ tambah pulak siap ade BACKDROP
√ leh posing habis-habisan !!!

√ PROP jugak kami ada !!!
√ GUESTBOOK pon ada jugak !!!


✩ boleh hubungi saya skrg !!!
KHIDMAT NASIHAT PERCUMA !!!
011-1863 7506 : Pn Fieza


PRE WEDDING ???

Pre Wedding atau bahasa melayu nya Pra Perkahwinan.
Semenjak dua menjak ni boleh dikatakan semua perkahwinan MESTI ADA Pre Wedding !!!

Dari mana datangnya acara Pre Wedding nie...
Cuba fikir dan timbang-timbangkan ...

KENAPA ???
MENGAPA ???
UNTUK APA ???
TAK TAKUT DOSA KER ???

Sudah semestinya ianya bukanlah adat ISLAM yer !
Lelaki dan Perempuan memang Allah swt ciptakan untuk berpasangan.
Saling melengkapi, saling berkasih-sayang dan saling mengingati untuk beribadah
kepada Yang Maha Esa.
Bukan hanya bersandarkan kepada NAFSU semata-mata.

Setiap hubungan yang BELUM SAH 
MESTILAH 
mengikut Tertib & Adabnya.

Ada batas-batasnya bagi memastikan hubungan YANG SUCI ini tidak menyalahi Agama.
Yang mana lelaki & perempuan itu mestilah disatukan dengan 
SATU IKATAN yang SAH mengikut agama Islam.

Tapi ...

Bagaimana sekiranya ianya terjadi sebelum ikatan sah itu terjalin ???
Inilah yang dapat kita lihat sekarang !!!
Acara PRE WEDDING seakan-akan acara Wajib sebelum majlis yang SAH ini !
Kebanyakan FOTO yang diambil AGAK MESRA seolah-olah pasangan tersebut sudah ada 
ikatan yang SAH!
Dan dengan bangganya dijadikan gambar untuk kad kahwin, wedding gift, 
bunting dan sebagainya.

Dimanakah perasaan malu kita.
Seolah-olah kita membenarkan perkara yang belum miliknya dan BUKAN MAHRAMnya.

Kembalilah kita kepada yang sepatutnya.
Janganlah membolehkan perkara-perkara yang memang sah Haramnya.
Sesungguhnya Ikatan Yang Suci adalah berlandaskan kehidupan yang DIREDHAI olehNYA
sama ada sebelum perkahwinan atau selepas perkahwinan.
In sya Allah.
















.

Saturday, February 13, 2016

Perkahwinan ialah separuh dari agama.

Maksud separuh dari agama ialah betapa pentingnya sesebuah ikatan perkahwinan dan memang dituntut oleh agama Islam.

Perkahwinan bermaksud pasangan mestilah sentiasa melakukan yang terbaik antara satu-sama lain. Setiap perkara yang dilakukan pastinya memberi pahala yang besar bagi kedua-duanya kerana ianya adalah sebahagian dari ibadah.

Saling bantu-membantu adalah amat penting di dalam kehidupan seharian. Boleh dikatakan zaman sekarang jarang si isteri tidak bekerja. Oleh itu, para suami mestilah memahami penat-lelah isteri di tempat kerja dan apabila balik rumah disambung pula dengan kerja-kerja rumah yang tidah pernah habis.

Masa inilah persefahaman dan saling bantu-membantu antara satu sama lain MESTI @ WAJIB dilakukan. Kalau balik kerja, si isteri memasak di dapur si suami haruslah layan anak-anak dan sebagainya. Jangan mengharapkan semua kerja isteri yang MESTI lakukan.
Isteri juga manusia biasa ... ada rasa penat lelah juga.

Suami juga mestilah memberi didikan agama untuk keluarganya. Sebuah keluarga yang baik adalah Keluarga yang Sempurna Agamanya. Saling nasihat-menasihati dan menguruskan rumah-tangga bersama.

Disinilah kita dapat melihat perkahwinan bukanlah sekadar hendak suka-suka, tanpa ilmu yang cukup, pengorbanan dan niat yang betul sesebuah perkahwinan itu tak kan kemana dan mungkin tidak dapat bertahan lama.


Sama-samalah kita MENGINDAHKAN PERKAHWINAN kita dengan ilmu agama dan kerjasama yang tidak berbelah-bagi. In sya Allah.


Kalau Dah Jodoh

Friday, February 12, 2016



Kata-kata MUTIARA


011-1863 7506
Antara kad kahwin yang dah siap print.
Cantik & Cun abiskan.
Boleh tgok2 lagi kat fb Berani Kahwin.
Ada lebih 1000 design boleh dipilih.

#kadkahwintermurah
#kadkahwinbajet
#kadkahwincantik
#weddingcard


































http://sg.api.fotoable.com/home/album/?key=faa07b68d1a928cb4c4ece3829e6c3e7&id=15185763




Tuesday, February 9, 2016

SEKADAR RENUNGAN

Jom pagi nie kita dengar citer Ustaz Kazim Elias ni.
Kahwin nie mudah jerrr sebenar nyer ... kita mesti back to basic.


Friday, February 5, 2016

OFFER KAD KAHWIN MURAH SEMPENA TAHUN BARU CINA.
(watsapp 011-1863 7506)


Terbuka untuk semua pasangan dr seluruh Malaysia.
* Tak de minimum order

* Termurah
* Terpantas
* Tercantik
* Paling banyak pilihan kad 1000 Design


Kad Kahwin dengan design TERBARU.
Ada lebih 1000 design boleh dipilih.


Arrow Sign yang cantik & cun habis.


Photobook yang TERMURAH dipasaran


Kad Kahwin dengan design TERBARU.
Ada lebih 1000 design boleh dipilih.


Wednesday, February 3, 2016

[ Checklist perkahwinan ]
KAD KAHWIN BAJET : 011-1863 7506

Persediaan untuk perkahwinan mengambil masa 6 bulan sehingga sehari sebelum majlis perkahwinan ! Dan tempoh 6 bulan ni bukan lah masa yang panjang !!!
Jangan buat kerja last minit ! Sebab esok kita juga yang pening dan sampai rasa macam tak cukup tangan. Tambahan pula kalau bajet kita tak berapa besar @ cukup2 makan.

Dibawah adalah antara Checklist Perkahwinan dr Cik Berani Kahwin :

1) Daftar Kursus Kahwin.
Ini sangat penting sebab banyak yang kita nak belajar sebelum kahwin ni. Terutama sekali tentang agama, dari sekecil2 sehingga ke sebesar2 perkara. Jadi dalam tempoh 6 bulan ni sempat la kita memenuhkan sikit ilmu dada tentang selok-belok alam perkahwinan.
2) Rancang cuti kahwin.
Setelah ada tarikh kahwin rancang lah segera bila nak cuti dengan sebaik-baiknya. Sebab kita kena jaga hati keluarga kedua-dua belah pihak.
3) Lakukan Medical-up segera.
Buat seawal mungkin, lagi bagus sebab kalau tak ada keputusan medical check-up tak kan ada majlis perkahwinan. Kita pun nak juga pastikan pasangan kita ni sihat atau tidak kan. Lagi satu ujian untuk Thalassemia juga boleh dijalankan.
4) Beli barangan hantaran.
Rancang dengan pasangan barangan yang diperlukan sebagai hantaran. Bagi mengelakkkan pembaziran, barangan hantaran yang digalakkan ialah barang kegunaan harian seperti minyak wangi, set penjagaan diri dan lain-lain.
5) Cari/Survey souvenir dan bunga telur.
Souvenir untuk tetamu adalah sangat penting. Cari buah tangan yang sesuai dengan bajet anda. Buah tangan perlulah yang boleh mendatangkan kebaikkan kepada tetamu majlis anda tidak kira lah tua atau mud
6) Gubah barang hantaran.
Untuk jimat, anda boleh gubah sendiri atau DIY barang hantaran anda. Gunakan barangan yang sedia ada didalam rumah anda untuk menjadikan hantaran anda cantik dan mahal. Sekiranya ibu anda peminat barangan vintage, pinjam sahaja sangkar hiasan ayang digantung di luar rumah. Sangkar hiasan tersebut boleh dijadikan tempat letak cincin. Kreatif dan jimat kan?
7) Tentukan tema majlis kahwin.
Perkara ini jarang diberi keutamaan. Namun begitu, zaman sekarang tema perkahwinan banyak diserahkan kepada orang tua kita untuk memilih warna kegemaran mereka sebagai tema. Walau bagaimana pun, perkara ini masih memerlukan kata sepakat dari pihak pengantin dan ibu bapa pengantin.
8) Tempah juru nikah atau tok kadi.
Tok Kadi atau Juru Nikah zaman sekarang tersangatlah sibuk dengan pelbagai urusan. Bukan setakat nak menikahkan orang, malah mereka sendiri ada perkara peribadi yang perlu diselesaikan. Jadi bagi mengambil langkah selamat, tempah juru nikah atau tok kadi apabila tarikh pernikahan anda telah ditetapkan. Jangan lupa untuk ingatkan juru nikah/tok kadi anda tentang tarikh pernikahan anda. Mereka juga manusia biasa yang kadang kala boleh jadi terlupa.
9) Senaraikan nama atau tetapkan bilangan tetamu.
Penting untuk keluarga pengantin menetapkan bilangan tetamu yang bakal datang kerana ini akan menentukan bajet sesebuah perkahwinan. Sekiranya lagi ramai tetamu yang dijemput, maka lagi tinggi bajet yang anda perlu keluarkan.
10) Tempah atau cetak kad jemputan.
Tempah atau cetak sendiri kad jemputan anda. Perkara ini digalakkan untuk dibuat awal. Proses mereka sesebuah kad agak mengambil masa kerana perkara iniperlu mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak.
11) Tempah pelamin & baju pengantin idaman anda.
Pilih pelamin & baju pengantin ni jangan laa nak glamer sgt macam artis. Kita kahwin pon tak de orang sponser macan dia orang. Buat ikot kemampuan kita tapi jangan sampai mambazir.
12) Tempah Juru solek atau mak andam.
Semakin ramai juru solek yang ada di Malaysia. Anda perlu menempah juru solek atau mak andam kegemaran anda seawal yang boleh dengan membayar deposit kepada mereka supaya nama anda dimasukkan kedalam 'makeup booking list' mereka.
13) Selesaikan urusan menempah khemah, kerusi dan meja (mungkin sekali dengan pinggan mangkuk dan kelengkapan yang lain) serta kanopi dan catering.
Sebelum mengambil keputusan untuk mengambil catering, anda perlu membuat 'food test' dengan pihak catering agar anda berpuas hati dengan masakan mereka. Bagi tempahan khemah, anda boleh mula membuat bayaran pendahuluan sebagai tanda setuju anda untuk mengambil servis mereka.
14) Cari jurugambar dan / atau juru video yang sesuai dengan kehendak dan keinginan anda. Proses pencarian jurugambar agak lama. Anda perlu meneliti hasil dari jurugambar samada berbaloi dengan harga yang ditawarkan ataupun tidak. Sekiranya anda mahu jurugambar yang murah, anda jangan lah mengharap yang gambar anda akan secantik jurugambar professional dengan bayaran yang lebih tinggi.
15) Tempah atau cetak banting atau signage.
Perkara ini wajib dilakukan agar tetamu jemputan anda tahu kemana arah yang sepatutnya mereka pergi, kemana arah sepatutnya mereka parking. Ini memudahkan semua pihak termasuk pihak keluarga pengantin kerana tidak perlu kerap menjawab telefon sekiranya ada tetamu yang sesat mencari lokasi majlis.
16) Tempah atau cetak kad jemputan.
Tempah atau cetak sendiri kad jemputan anda. Perkara ini digalakkan untuk dibuat awal. Proses mereka sesebuah kad agak mengambil masa kerana perkara iniperlu mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak.



Tuesday, February 2, 2016

Assalamualaikum & Selamat Pagi.

Pagi ni Cik Berani Kahwin nak share sikit laa mcm mana kita buat design kad kahwin yg simple tp cantik yeee.

Kpd sape2 yg masih tercari2 mana nak dpt kad kahwin yg Cun Melecun tapi MURAH boleh laaa hubungi saya segera : 
011-1863 7506


√ CANTIK 
√ CUTE
√ COMEL
√ CUN
√ MENARIK

♡ i luv this design ♡



[ Dugaan ]

Biasa org tua cakapkan bila dah bertunang nie lagi byk dugaan nyer... lagi2 kalau dah nak kahwin...darah tgah manis katanya !

Masa dah bertunang ni laaa byak dugaannya...
Masa ni la kita kerap bergaduh & berselisih faham. Perasaan rasa nak marah jeee ... sampai ada yg nak putus tunang.


Rasa macam ada yg tak restu kita dah nak kahwin ni.

Biasa la ... masa bercouple ada yg ke-TIGA ni yg selalu cakap kat kita benda2 yg baik jeerr. Apa jer yg ada kat couple kita tu baik2 semua nyer ! Dialah cantik ... dialah wangi ... dialah segalanya. Sampai rasa klu x jumpa dia sehari mcm setahun x jumpa !

TAPI...

Bila lagi seminggu nak kahwin ... ada jer yg tak kena !

Sbb yg ke- TIGA : SYAITAN tu tak mau kita buat benda2 baik ni - Bina Masjid !!!

Sbb yg ke- TIGA : SYAITAN akan cuba sedaya-upaya utk menghancurkan pembinaan Masjid : sunnah Nabi ni. Nanti tak leh laa dia terus goda kita buat benda2 tak baik lg lepas ni ( buat maksiat ) sbb kita kan dah HALAL.

So, klu nak kahwin ni... kita MESTI byk2 bersabar yeee...

Just nak share.
Kat bawah ni gambar Cik Berani Kahwin dgn Husband :
Sambut Anniversary ke-14 tahun lepas.


Monday, February 1, 2016

Pagi ni Cik Berani Kahwin nak share ttg keserasian jodoh kita.

Kalau serasi :

Rasa seronok bila bersama
boleh bertolak ansur walaupon berbeza sikap
Rasa tenang bila berbicara & bersemuka
Selalu ada disisi kita - susah & senang
Rasa selamat bila disisi
Perkahwinan yg membawa kita semakin dekat dgn Allah swt.
Ketawa & menangis bersama