Berani Kahwin 1000 Design

Berani Kahwin adalah DESIGN HOUSE KAD KAHWIN TERBESAR DI MALAYSIA.

Kami ada lebih 1000 design Kad Kahwin Terkini & Moden.

Anda ingin Kahwin dengan budget yang murah!!

Hubungi kami segera kerana menawarkan pakej TERMURAH di pasaran bagi keperluan percetakan perkahwinan anda merangkumi Kad Kahwin, Beg Kertas, Tag Terima Kasih, Air Mineral, Cenderamata, Sticker Kahwin, Photobook, Guestbook dan banyak lagi.

Layari blog atau website kami dan lihat pakej yang ditawarkan serta contoh-contoh produk dari kami.

Hubungi kami di 011-1863 7506 ( Pn Fieza)
Kami terima tempahan dari seluruh Malaysia

FB : Berani Kahwin

Alamat Kami:
No.24, Jalan Suria 7, Bandar Seri Alam, Masai, Johor

Saturday, February 13, 2016

Perkahwinan ialah separuh dari agama.

Maksud separuh dari agama ialah betapa pentingnya sesebuah ikatan perkahwinan dan memang dituntut oleh agama Islam.

Perkahwinan bermaksud pasangan mestilah sentiasa melakukan yang terbaik antara satu-sama lain. Setiap perkara yang dilakukan pastinya memberi pahala yang besar bagi kedua-duanya kerana ianya adalah sebahagian dari ibadah.

Saling bantu-membantu adalah amat penting di dalam kehidupan seharian. Boleh dikatakan zaman sekarang jarang si isteri tidak bekerja. Oleh itu, para suami mestilah memahami penat-lelah isteri di tempat kerja dan apabila balik rumah disambung pula dengan kerja-kerja rumah yang tidah pernah habis.

Masa inilah persefahaman dan saling bantu-membantu antara satu sama lain MESTI @ WAJIB dilakukan. Kalau balik kerja, si isteri memasak di dapur si suami haruslah layan anak-anak dan sebagainya. Jangan mengharapkan semua kerja isteri yang MESTI lakukan.
Isteri juga manusia biasa ... ada rasa penat lelah juga.

Suami juga mestilah memberi didikan agama untuk keluarganya. Sebuah keluarga yang baik adalah Keluarga yang Sempurna Agamanya. Saling nasihat-menasihati dan menguruskan rumah-tangga bersama.

Disinilah kita dapat melihat perkahwinan bukanlah sekadar hendak suka-suka, tanpa ilmu yang cukup, pengorbanan dan niat yang betul sesebuah perkahwinan itu tak kan kemana dan mungkin tidak dapat bertahan lama.


Sama-samalah kita MENGINDAHKAN PERKAHWINAN kita dengan ilmu agama dan kerjasama yang tidak berbelah-bagi. In sya Allah.


No comments:

Post a Comment