PRE WEDDING ???
Pre Wedding atau bahasa melayu nya Pra Perkahwinan.
Semenjak dua menjak ni boleh dikatakan semua perkahwinan MESTI ADA Pre Wedding !!!
Dari mana datangnya acara Pre Wedding nie...
Cuba fikir dan timbang-timbangkan ...
KENAPA ???
MENGAPA ???
UNTUK APA ???
TAK TAKUT DOSA KER ???
Sudah semestinya ianya bukanlah adat ISLAM yer !
Lelaki dan Perempuan memang Allah swt ciptakan untuk berpasangan.
Saling melengkapi, saling berkasih-sayang dan saling mengingati untuk beribadah
kepada Yang Maha Esa.
Bukan hanya bersandarkan kepada NAFSU semata-mata.
Setiap hubungan yang BELUM SAH
MESTILAH
mengikut Tertib & Adabnya.
Ada batas-batasnya bagi memastikan hubungan YANG SUCI ini tidak menyalahi Agama.
Yang mana lelaki & perempuan itu mestilah disatukan dengan
SATU IKATAN yang SAH mengikut agama Islam.
Tapi ...
Bagaimana sekiranya ianya terjadi sebelum ikatan sah itu terjalin ???
Inilah yang dapat kita lihat sekarang !!!
Acara PRE WEDDING seakan-akan acara Wajib sebelum majlis yang SAH ini !
Kebanyakan FOTO yang diambil AGAK MESRA seolah-olah pasangan tersebut sudah ada
ikatan yang SAH!
Dan dengan bangganya dijadikan gambar untuk kad kahwin, wedding gift,
bunting dan sebagainya.
Dimanakah perasaan malu kita.
Seolah-olah kita membenarkan perkara yang belum miliknya dan BUKAN MAHRAMnya.
Kembalilah kita kepada yang sepatutnya.
Janganlah membolehkan perkara-perkara yang memang sah Haramnya.
Sesungguhnya Ikatan Yang Suci adalah berlandaskan kehidupan yang DIREDHAI olehNYA
sama ada sebelum perkahwinan atau selepas perkahwinan.
In sya Allah.
.
No comments:
Post a Comment